Jawapan untuk tugasan pemahaman dan kosa kata.
1) Mengapakah dua lelaki datang ke rumah Shafie pada awal episod itu?
Mereka datang untuk meminta hutang daripada Shafie
2) Mengapa ibu Sofian tidak mahu dia berkahwin dengan Fizah?
Ia kerana Sofian sedang menjalani perkhidmatan negara dan belum bekerja maka dia tidak akan boleh menampung Fizah kalau dia berkahwin dengannya
3) Adakah Shafie seorang bapa yang baik? Berikan dua bukti untuk menyokong jawapan anda.
Tidak kerana Shafie telah mencuri duit keluarganya dan dia juga telah berbohong dengan Aishah, anaknya bahawa dia akan menggunakan duit yang diberinya untuk melanjutkan pelajarannya tetapi dia menggunakan duit itu untuk berjudi.
4) Perangai Sara yang terlalu berani telah memakan dirinya sendiri. Setujukah kamu dengan kenyataan ini dan kenapa? Ya, kerana akhirnya video-video lucah yang diambilnya disiarkan pada semua di sekolahnya dan dia akhirnya di buang sekolah.
5) Kenapakan Sarah dikeluarkan dari sekolah?
Ia kerana beliau telah mengambil video lucah bersama teman lelaki nya dan ia disiarkan pada semua murid di sekolah.
6) Apakah pengajaran yang boleh kita pelajari daripada cerita ini?
Walaupun kehidupan kita moden, kita mesti berpandukan ugama supaya kita tidak terlibat dalam maksiat dan gejala sosial.
Berikan makna untuk perkataan-perkataan ini:
a) merenungkan - diam memikirkan sesuatu
b) singgah-berhenti sebentar di sesuatu tempat
c) fitnah - tunduhan yang diadakan untuk memburukkan seseorang
d) menuduh -mengatakan seseorang melakukan kejahatan
e) pengorbanan. perihal menderita
Terima kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment