Assalamualaikum semua,
harap-harap anda telah menonton drama Jeritan Sepi semalam seperti yang telah diarahkan. Sekarang anda dikehendaki menjawab soalan-soalan kefahaman ini sebagai post di blog anda. Anda Tidak perlu menyalin soalan.
Selamat mencuba!
1) Mengapakah dua lelaki datang ke rumah Shafie pada awal episod itu?
2) Mengapa ibu Sofian tidak mahu dia berkahwin dengan Fizah?
3) Adakah Shafie seorang bapa yang baik? Berikan dua bukti untuk menyokong jawapan anda.
4) Perangai Sara yang terlalu berani telah memakan dirinya sendiri. Setujukah kamu dengan kenyataan ini dan kenapa?
5) Kenapakan Sarah dikeluarkan dari sekolah?
6) Apakah pengajaran yang boleh kita pelajari daripada cerita ini?
Berikan makna untuk perkataan-perkataan ini:
a) merenungkan
b) singgah
c) fitnah
d) menuduh
e) pengorbanan.
Terima kasih
Sila jawab soalan-soalan ini selewat-lewatnya pada hari Ahad, 24hb Ogos.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment