Thursday, September 18, 2008

Format surat kiriman rasmi

Nama anda ( yang diberikan dalam kertas ujian )
Alamat anda

Tarikh

Nama penerima
Alamat penerima

Tuan,

Per: ______________________ ( dalam 5-7 perkataan )

Boleh mulakan "Dengan segala hormatnya atau Saya selaku..."

Tulis dalam 3-4 perenggan

Sekian . Terima kasih.

Yang benar,
tanda tangan
(nama anda )
*************************************************************************************
CONTOH SURAT KIRIMAN RASMI

Soalan:

Sebagai seorang pelanggan yang telah membuat tempahan di sebuah syarikat perabot, kamu berasa tidak puas hati dengan penghantaran barangan tempahan yang lewat.
Tulis sepucuk surat aduan kepada pengurus jabatan pemasaran syarikat tersebut berhubung dengan perkara itu.

Kamu dikehendaki menggunakan nama & alamat berikut:

Zulhisham bin Maaruf
Blok 231 Riverdame Lane
#12-14
Singapura 560231

Alamatkan surat kamu kepada:

Pengurus Jabatan Pemasaran
Syarikat Magnum Furnishing Sdn Bhd
10 Tai Seng Drive
Singapura 876010


Jawapan:

Zulhisham bin Maaruf
Blok 231 Riverdame Lane
#12-14
Singapura 560231

2 Ogos 2006

Pengurus Jabatan Pemasaran
Syarikat Magnum Furnishing Sdn Bhd
10 Tai Seng Drive
Singapura 876010

Tuan,

Per: Aduan bagi Penghantaran Barangan yang Lewat

Dengan segala hormatnya, saya ingin menarik perhatian Tuan terhadap khidmat
penghantaran barangan yang lewat yang berlaku baru-baru ini dengan harapan agar Tuan
dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Saya sekeluarga telah berkunjung ke kedai pameran Tuan pada bulan yang lalu untuk
membuat tempahan satu set meja makan berkonsepkan Zen. Seorang jurujual di sana telah
meyakinkan saya bahawa set meja makan tersebut dapat dihantarkan ke rumah saya dalam
tempoh tiga hari walaupun dalam musim perayaan yang sibuk.

Oleh itu, saya pun menghumbankan set meja makan saya yang lama untuk
melapangkan ruang bagi memuatkan set meja makan yang baharu. Malangnya, meja makan
yang dijanjikan itu tidak dapat dihantarkan kerana stoknya telah kehabisan. Sehingga kini,
saya masih belum lagi menerimanya walaupun bayaran penuh telah dibuat.

Saya bermohon agar Tuan dapat mengambil tindakan untuk menyelesaikan perkara
tersebut. Saya benar-benar berasa kecewa memandangkan syarikat Tuan ialah salah sebuah
syarikat terkemuka di Singapura. Saya ingin menuntut ganti rugi daripada pihak Tuan di atas
kegagalan untuk menunaikan perkhidmatan seperti mana yang dijanjikan.

Saya amat berbesar hati sekiranya Tuan dapat menghubungi saya secepat mungkin
untuk menjelaskan secara peribadi kedudukan perkara ini. Sila hubungi saya di talian penuh
98887744 (telefon bimbit) atau 65443322 (pejabat). Saya nantikan jawapan Tuan dengan
harapan.

Sekian, terima kasih di atas perhatian Tuan.

Yang benar,
Zulhisham

No comments: