Thursday, September 18, 2008

Latihan Surat (NA)

BAHAGIAN A (20 markah)

Arahan: Tulis satu daripada perkara-perkara di bawah ini dengan menggunakan tidak kurang daripada 100 patah perkataan.

Kamu dikehendaki menggunakan nama dan alamat yang berikut

Irfan Bin Kassim atau Iryani Binte Kassim
Blok 800 Yishun Ring Road
#09-465
Singapura 760800



1. Baru-baru ini, kamu telah pergi ke sebuah pusat makanan untuk makan tengah hari. Kamu dapati tempat itu tidak begitu memuaskan hati kamu. Tulis sepucuk surat kepada Agensi Persekitaran Nasional (NEA) untuk menyatakan rasa tidak puas hati kamu terhadap pusat makanan tersebut. Berikan juga beberapa saranan bagi memperbaiki keadaan di situ.



Alamatkan surat kamu itu kepada:

Pengerusi
Agensi Persekitaran Nasional
987 Penang Lane
Singapura 321987



2. Semasa cuti sekolah penggal tiga, kamu telah menyertai satu bengkel yang mengajar kamu tentang seni. Pelbagai aktiviti yang menarik dan berguna telah diadakan. Tulis sepucuk surat kepada sahabat kamu itu untuk menceritakan tentang pengalaman baharu kamu itu. Kamu juga hendaklah menyatakan manfaat-manfaat yang diraih daripada penyertaan kamu itu.

No comments: