Thursday, September 18, 2008

Latihan surat dan dialog ( Eks)

BAHAGIAN A
(20 MARKAH)

ARAHAN: Tulis satu daripada perkara-perkara yang berikut dengan menggunakan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.


1. Kamu dan keluarga telah pergi ke sebuah restoran makanan laut untuk berbuka puasa dan sekaligus meraikan sambutan hari lahir adik kamu yang jatuh pada hari tersebut. Malangnya, kamu tidak diberikan perkhidmatan dan layanan yang memuaskan daripada kaki tangan restoran tersebut. Makanan yang disediakan juga tidak menemui jangkaan kamu dan juga ahli keluarga yang lain.

Tuliskan sepucuk surat kepada Pengurus restoran tersebut untuk membuat aduan tentang hal itu dan sertakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh beliau untuk meningkatkan taraf restorannya di masa hadapan.


Kamu dikehendaki menggunakan nama dan alamat berikut:-

Azhar Bin Daud atau Azharina Binte Daud
Blok 177 Theresa Ville
#13-133 Singapura 340177


Alamatkan surat kamu kepada:-

Cik Sulynn Mahmud
Pengurus Restoran
Fish & Friends Restaurant
17, Tanjong Pagar Road
01-071 Shenton House
Singapura 103217


2. Dua orang pelajar sedang berbual-bual tentang kebaikan dan keburukan peraturan sekolah yang tidak membenarkan para pelajar membawa alat-alat elektronik (telefon bimbit, MP3 player dan lain-lain) ke sekolah.

Tuliskan dialog antara dua orang pelajar tersebut dengan menekankan pertentangan pendapat antara mereka berdua.

No comments: