26 Ogos 2009SINGAPURAPengorbanan kakak kuatkan azam adik hingga cemerlang
Tiga anak Melayu antara penerima biasiswa pendidikan mediaOlehNurul Ain Razali
SELEPAS ayahnya berhenti bekerja tiga belas tahun lalu, kakak sulung Cik Farhana Ja'afar mengambil alih tugas menyara mereka sekeluarga.
Pengorbanan kakaknya itu menyebabkan Cik Farhana, 20 tahun, mahasiswi tahun pertama Universiti Teknologi Nanyang (NTU), begitu berazam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Berkat azam dan kegigihannya itu, Cik Farhana mendapat biasiswa skim pendidikan media daripada Penguasa Pembangunan Media (MDA).
Biasiswa itu bertujuan membangunkan bakat dan keupayaan dalam industri media setempat. Ia turut ditawarkan Kementerian Penerangan, Perhubungan dan Kesenian (Mica), Majlis Seni Kebangsaan (NAC), Design Singapore dan Lembaga Warisan Kebangsaan (NHB).
Cik Farhana salah seorang daripada tiga anak Melayu/Islam yang menerima biasiswa itu daripada Pemangku Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Laksamana Pertama (Kerahan) Lui Tuck Yew, dalam satu majlis di Fusionopolis semalam.
'Biasiswa ini amat berharga terutama dalam membiayai sebahagian besar kos pengajian saya. Saya mahu memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya kerana saya bukan daripada keluarga berada.
'Saya juga berharap dapat menjadi salah seorang bakat dalam bidang media Singapura,' ujar Cik Farhana, pelajar Muda jurusan Komunikasi Visual yang ibunya suri rumah.
Lulusan diploma dalam media digital Politeknik Singapura (SP) itu juga cenderung dalam bidang perfileman, pembikinan video dan animasi.
Beliau pernah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan filem bagi belia, Lapan Minit, anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Masjid Al-Ansar.
SP turut mengiktiraf bakat Cik Farhana dengan memberi kepercayaan kepada beliau untuk menghasilkan video, trailer dan fotografi bagi acara-acara anjurannya.
Seorang lagi penerima Melayu/Islam ialah Encik Muhd Nasri Mohd Shah, 19 tahun, yang mendapat biasiswa bernilai $100,000 daripada NHB untuk meneruskan pengajian dalam bidang seni di Universiti Kolej London.
'Saya ingin perkenalkan masyarakat kita kepada prosesproses seni, seperti cara menghargai hasil seni dan cara melihat sesebuah karya.
'Bidang seni telah menyedarkan saya tentang apa yang saya ingin lakukan pada masa depan, dan menjadi tanggungjawab bersama kita untuk menimbulkan respons terhadap bidang seni,' ujar Encik Nasri.
Penerima Melayu/Islam ketiga ialah Encik Rydwan Anwar, 30 tahun, pegawai program The Esplanade.
Beliau mendapat biasiswa seni luar negara NAC dan bakal melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pentadbiran seni di King's College, London.
http://cyberita.asia1.com.sg/msingapura/story/0,6879,147935,00.html
Berikan pendapat anda di lelaman blog anda sebagai new post. ( 50 perkataan )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment