Monday, August 17, 2009

Tugasan untuk kelas Cg Idah-bah 2

Pilih satu tajuk dan tuliskan karangan di blog anda.

Arahan: Tulis sebuah karangan dengan menggunakan sekurang-kurangnya 240 patah perkataan mengenai satu daripada tajuk-tajuk yang berikut.


Kamu telah terpilih menyertai program pertukaran pelajar yang dianjurkan oleh sekolah kamu. Sepanjang program tersebut, kamu tinggal bersama keluarga angkat. Pelbagai pengalaman menarik telah kamu alami sepanjang berada di sana. Kemesraan yang terjalin antara kamu dengan keluarga angkat menyebabkan kamu berasa berat dan sedih untuk berpisah dengan mereka. Terangkan pengalaman kamu itu.



Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan kecemerlangan pelajar. Bincangkan.



Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan:

“…….Ini semua ketentuan Tuhan, tiada siapa dapat menduga. Yang pasti, aku akan terus berusaha untuk merealisasikan impian yang telah lama tertanam di lubuk hatiku.”

No comments: