Wednesday, August 26, 2009

Tugasan 1 Cuti Sekolah September - Berikan pendapat anda...

KES MODEL MINUM ARAK

Kartika kecewa hukuman sebat ditangguh
SUNGAI SIPUT: Bekas model sambilan, Cik Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 tahun, sedih dan kecewa kerana hukuman sebat yang dikenakan terhadapnya tidak dapat dijalankan dalam masa terdekat atas sebab tertentu.


Cik Kartika sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang pagi kelmarin bagi menjalani hukuman enam sebatan selepas disabitkan kesalahan minum arak.
Beliau dibawa dari rumahnya di sini sekitar 9.30 pagi untuk dibawa ke penjara tetapi dua jam kemudian beliau diserahkan kembali kepada keluarganya.


'Kenapa buat saya macam ini? Saya kecewa dengan arahan itu dan terkejut kerana saya sudah mempersiapkan mental dan fizikal bagi menjalani hukuman tetapi hari ini (kelmarin) saya diberitahu hukuman itu tidak dapat dijalankan.
'Lebih menimbulkan tanda tanya, arahan itu hanya disampaikan melalui panggilan telefon kepada pegawai Jaip (Jabatan Agama Islam Pahang) yang ditugaskan membawa saya ke penjara tanpa surat hitam putih,' katanya kepada media sebaik dihantar pulang semula ke rumah keluarganya di Kampung Jawang (U) di sini, pagi kelmarin.
'Saya mahu tahu apa kedudukan saya sekarang dan jangan buat saya seperti bola,' katanya menangis kerana tidak dapat menahan sebak.


Menurut Cik Kartika, beliau tidak menyangka perkara itu akan terjadi kerana sudah membayangkan proses membawanya ke penjara berjalan lancar selepas beliau memberi kerjasama sebaiknya.
Kecewa dengan kejadian itu, Cik Kartika dan ayahnya, Encik Shukarnor Abdul Mutalib, 60 tahun, membuat dua laporan secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, sekitar 12 tengah hari kelmarin.
Encik Shukarnor berkata, beliau membuat laporan itu bukan bertujuan mengingkari arahan yang dikeluarkan Jaip.


Beliau enggan memberi butiran lanjut mengenai laporan itu tetapi hanya mengatakan ia adalah bagi kebaikan mereka sekeluarga.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus, dilaporkan mengarahkan Jaip menangguhkan hukuman sebat itu bagi menghormati kemuliaan Ramadan.


Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata Cik Kartika boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebatan yang dikenakan dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum. -- Harian Metro, Utusan Malaysia, Bernama.


http://cyberita.asia1.com.sg/mluarnegara/story/0,6879,147971,00.html?



Berikan pendapat anda mengenai artike ini sebagai new post di lelaman blog anda. ( 50 perkataan )

No comments: